Nasib yatim piatu

Sebelum aku mula menulis ini,aku mendapat tahu mengenai anak-anak yatim piatu di salah sebuah rumah kebajikan menjadi hamba seks dan dera oleh sukarelawan dan penjaga yang menjaga mereka di rumah kebajikan tersebut.

Huh…

apa semua ini?

Mungkinkah para sukarelawan dan penjaga yang menjaga anak-anak yatim ini merasakan mereka begitu berkuasa hingga boleh berbuat apa sahaja yang mereka mahu kepada anak-anak yatim yang tidak berdosa ini.

Dalam benak pemikiran para sukarelawan & penjaga ini mereka memikirkan tentang kebebasan.Kebebasan berbuat dajjal kepada anak-anak yatim yang sudah terputus talinya.”Ah malam ini aku mahu tiduri gadis/budak lelaki ini!,lagipun tiada siapa disini yang mahu melihat atau menjaga mereka sebenarnya.Aku bebas lakukan apa sahaja pada kanak-kanak ini kerana mereka lemah,tiada siapa perduli,mak bapak mereka sudak mati! kepada siapa mereka mahu mengadu?orang luar?hah tiada siapa pun mahu jenguk anak-anak yatim buang masa sahaja!anak-anak yatim ini tidak boleh lari kerana aku yang pegang kunci rumah ini senang sahaja untuk mengurung mereka hinggakan orang luar pun tidak tahu mereka masih hidup ataupun mati!”

Mungkin itulah yang difikirkan oleh sukarelawan dan penjaga yang berbuat jahat pada anak-anak yatim tersebut.Tapi tidakkah mereka terfikir yang setiap perbuatan mereka itu Allah nampak dengan jelas!Allah nampak apa yang terjadi pada anak-anak yatim itu dan apa yang sukarelawan dan penjaga itu buat pada mereka,dan dengan kehendak Allah akhirnya perbuatan terkutuk mereka diketahui umum,semuanya jasa  oleh seorang perniaga wanita yang mengetahui apa yang telah terjadi pada anak-anak yatim tersebut.

Mungkin selepas satu persatu kejadian buruk yang menimpa anak-anak yatim yang malang itu,mereka akan menjadi bertambah-tambah trauma.Mereka akan duduk diam diatas katil rumah kebajikan di tengah malam yang sunyi  dengan air mata mengalir mengenang kembali kisah silam mereka yang sebelum ini bewarna-warni.Warna-warni kehidupan yang indah.Ayah selalu balik kerja dengan bawak balik makanan,kadang-kadang kfc,pizza domino,pizza hut,ais krim,pisang goreng.Tapi semua itu sudah tiada..

Mak balik dari kerja mak penat pastu mak balik rumah,tengok rumah sepah-sepah!mak pun mulakan ceramah panjang.

Tapi kenapa sekarang mak diam?mak kat mana?kenapa mak tak balik kerja lagi?ni tempat apa?mana rumah?

Hari ini Ani kena buli lagi dengan si Abu.Ani balik rumah mengadu pada ayah.Esok ayah pergi sekolah ayah terus sergah dan memberi amaran kepada Abu supaya jangan menggangu Ani lagi.Tapi hari ni Abu buli Ani lagi habis baju Ani koyak kena belasah dengan Abu.Abu baling batu,air,tarik tudung dan  rambut Ani dan koyakkan buku Ani.Ani diam je Ani nangis.Semua kawan tengok sahaja semua tak nak tolong,mereka semua takut  kena buli dengan Abu.Ani jerit panggil ayah..tapi kenapa ayah tak datang tolong Ani?kenapa ayah pergi syurga tak bawak Ani dan adik.Kenapa Ani kena tinggal dengan adik sorang-sorang?mak mana?kenapa mak tak datang tolong Ani?Abu buli Ani dengan adik sekali kat sekolah sebab dia tahu Ani dah tak ada mak ayah!Ani tak nak tinggal kat rumah tu lagi semua orang jahat,diorang pun pukul Ani dan adik sekali,dia suruh Ani pergi minta sedekah dengan baju korak rabak pastu balik rumah Ani penat dia tak bagi Ani dan adik makan pun!diorang pakcik dan makcik tu kurung Ani dengan pakcik tu!! Ani benci Ani nak @#$% semua orang!!semua orang jahat! Ani jerit nangis banyak kali diorang tampar dan sumbat tanah dalam mulut Ani!.Adik pun kena kurung sekali kalau menagis kena sepak teranjang,penumbuk pastu tak bagi makan.

Itulah yang aku fikirkan..Ani dan adiknya cuma watak rekaan aku sahaja tapi aku tahu apa yang aku tulis ini memang benar-benar terjadi,dimana?boleh jadi di mana-mana sahaja di rumah kebajikkan,rumah saudara-mara,bawah jambatan, anak yatim piatu … .tidak ada emak dan ayah.Semua orang disekeliling pandang.Pastu ada yang mula bersimpati tapi tidak buat apa-apa cuma kata simpati sahaja.Ada yang senyum mula belai rambut.Ada yang cuma pura-pura simpati,mereka yang berhati iblis akan memandang anak yatim ini seperi gula-gula atau sampah.Gula-gula boleh dimakan kemudian diludah.Sampah,berbau busuk dan dibuang.

..

Setiap kali aku terjumpa dengan anak yatim aku selalu memandang muka mereka.Wajah mereka kelam,senyap dan memandang ke bawah.Ada sejarah hitam.Dan mereka tidak mahu sebutnya dan tidak mahu bercerita mengenainya.Kerana ianya telalu gelap,pahit dan kelat.BENCI!

Anak yatim piatu ibarat orang cacat yang tiada tangan,kaki,buta,bisu dan pekak.Tiada tangan-tiada daya,lemah,longlai,hilang cahaya harapan untuk bahagia semula,tiada duit,tulang-tulang ibarat sudah reput.

Kaki-diikat,tiada arah tuju,letih,mengeletar,tidak berkasut dan tidak berselipar

buta-tidur harap apabila buka mata nanti sudah ada disyurga atau dapat berjumpa ibu dan ayah semula,buta kerana senantiasa menangis,mata puyu,gelap,tiada sinar gembira di mata,sedih dan biru semata-mata

bisu-sudah penat menjerit,meraung,menangis,menyebut nama ibu dan ayah supaya pulang kembali kepada mereka,

tiada ada apa yang mahu dibicarakan,kerana ia meletihkan,setiap kali berbicara akal akan tertutup sendiri dan  emosi akan menguasai diri.

pekak-kawanmu,pakcik,makcik,datuk,datin,orang tepi jalan,orang yang berkuasa….semua tahu bercakap sahaja..

“oh aku besimpati””kesiannyer”….semua ini merimaskan jiwa si yatim yang sudah gelap itu mengapa mahu digelapkan lagi dengan kata-kata yang membunuh itu,tolonglah kata “kuatkan semangat””aku akan tolong kau jangan risau kawan”

“aku kan sentiasa dengan kau,jangan nagis lagi””Allah ada bersama kita,jangan bersedih””ibu dan ayahmu cuma pergi sekejap sahaja nanti kau pun akan jumpa mereka lagi”

..bukankah kata-kata itu yang akan lebih menceriakan hati si yatim piatu.Kata-kata hina dan nista usahlah disebut kepada mereka Nabi Muhammad saw sendiri anak yatim piatu.

Aku berharap suatu hari nanti aku ataupun sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa ,wang dan kasih sayang akan membina rumah dalam  taman syurga sementara di dunia buat anak-anak yatim,orang-orang tua yang terbiar dan sesiapa sahaja yang bernasib malang untuk mendapat sedikit kebahagiaan dan kegembiraan.Aku mahu memegang dan pimpin tangan mereka dan bawa mereka ke taman syurga yang  dibina khas buat mereka,di situ mereka bebas bermain buayan,jongkang-jongket,bermain air,makan buah-buahan di pohon-pohon yang ditanam,belajar,bermain dan bersekolah.

Tiada lagi marah-marah,maki hamun,buli,dera,tangisan dan jeritan.Situ kita akan menjaga antara satu sama lain.

..jika aku tidak sempat aku harap akan ada orang lain yang akan bantu anak-anak yatim ini.Selain itu cuma Allah sahaja yang kita boleh minta apa-apa sahaja yang kita mahu.Bina rumah syurga buat anak-anak yatim amat-amat diperlukan.

Orang kaya yang budiman amat-amat diperlukan kebanyakkan rumah kebajikkan anak yatim tiada bantuan kewanggan.Kerajaan kita miskin jadi ahli perniagaan yang super duper amat-amat diperlukan. Mari kita bina rumah syurga yang penuh dengan senyuman anak-anak yatim dan beri mereka semua pelukkan dan kasih sayang.

Sekurang-kurangnya kita cuba buat sesuatu untuk bantu mereka yang lemah.Kita yang lain patut lebih bersyukur kerana kita ada kelurga yang lengkap,rumah yang selesa tapi anak yatim tiada keluarga,rumah dan kasih sayang.

Aku mahu kongsi apa yang aku ada bersama mereka.

 

apa-apa sahaja yang aku boleh supaya mereka gembira semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: