Mimpi.

Kali ini aku mahu berangan lagi.ya aku suka masuk ke alam fantasy aku yang tak pernah wujud.

Tapi aku tetap mahu ia wujud setelah aku mati.Harap Allah jadikan aku budak berusia 5 tahun semula dan tempatkan aku di syurga untuk kanak-kanak,kerana zaman kanak-kanak aku bosan dan menyampah.Mari cipta ia.

Sebelum mula menulis aku mahu cari muzik yang sesuai dahulu sebelum menulis.

Kerana ia nyawa beri aku idea bernas dan fun.

**********************************************************************************************************

Aku mahu tidur malam ini dan bermimpikan tempat indah yang dipenuhi bintang.

Ada sebuah pintu gerbang yang besar dan berwarna putih cristal yang sangat besar.Pintu jika kita pengang ia berasa sejuk malah kita dapat rasa air yang mengalir di dalam pintu itu.Tangga hendak menuju ke pintu gerbang itu akan muncul bila kita angkat kaki hendak melangkah.Di sekiling tangga itu dipenuhi dengan awan putih yang akan beri ruang apabila kaki kita melangkah.Suasana sekeliling berbau sangat wangi dan ia amat menyenangkan hati kita dan membuatkan kita berasa gembira.Semakin lama kita melangkah menuju ke arah tangga itu wajah kita semakin muda.

Hanya yang baik,yang pernah terseksa,hidup susah di dunia,didera,dimaki,dan menyangi Allah akan dapat masuk menembusi pintu gerbang yang cantik dan besar itu.

Akhirnya aku dapat masuk.Wajahku dan umurku sewaktu di dunia adalah 18 tahun kini aku sudah berubah menjadi budak beumur sebelas tahun.Aku tidak tahu apa yang terjadi tetapi memang aku rasa sudah jadi seperi muda semula.Aku melihat jalan di hadapan ialah air,ia berwarna biru campur ungu ia seakan ai tetapi ia ringan,bau air itu wangi di sekeliling air itu ialah taman bunga.Ada bunga seri pagi,bunga ros,matahari dan ia bercampur aduk tetapi ia kelihatan cantik dan subur.Kaki kanan aku masuk dahulu ke dalam jalan air itu.Serta merta pakaian aku berubah seperti adengan dalam saloirmoon.Pakaian aku yang tadi hanya berbaju-t lengan pendek dan seluar sukan berubah menjadi gaun puteri yang dipenuhi permata perlbagai warna.Bahagian leher aku ada permata berwarna ungu yang sentiasa bersinar,dipinggang berwarna hijau,emas dan merah.Di lengan aku ada permata berwarna hitam dan biru ,di kasut aku ada permata berbentuk bunga yang berwarna warni.Gaun bawah aku lagi cantik malah keseluruhan gaun itu adalah satu rekaan hebat yang aku tidak pernah lihat sebelum ini di situ ada permata yang sangat aneh dan permata-permata lain yang warnanya sangat cantik tapi aku tidak pernah lihat warna itu sebelum ini jadi aku tidak tahu namanya. Aneh walaupun badan aku dipenuhi permata seperti berlian,zamrud,delima dan lain-lain tapi badan aku tidak terasa berat malah ia ringan.

 

Aku cuba melompat-lompat hingga air di kakiku terpercik ke gaun aku dan menyebabkan badanku berbau wangi.Aku berasa sangat teruja.Aku memandang ke sebelah kanan dan satu pemandangan hebat telah menarik perhatian aku.Sebuah taman yang dipenuhi dengan permainan-permainan hebat dan makanan yang boleh membuatkan aku terliur.Kiri kanan atas bawah taman itu dipenuhi dengan makanan.Jalan-jalan diperbuat daripada batu gula-gula yang kecil.Aku melihat beberapa budak mengambil batu di jalan lalu memakannya,aku menelan air liur dan rasa hendak mencuba.Aku mula mengutip sebiji gula-gula berwarna hijau muda di atas jalan dan terus mengigitnya,rasa gula-gula itu sangat manis sekali gigit rasanya lain dan sedap dua kali gigit ianya jadi rasa lain dan bertambah sedap aku hampir terlompat kerana terlalu gembira tetapi aku menahanya .Dengan hanya sebiji gula-gula yang ajaib mood aku telah berubah dengan menjadi lebih ceria.Aku memandang ke arah meja makan yang besar di hadapan aku,di atasnya terdapat banyak makanan yang nampak sedap.Ada ramai kanak-kanak di situ dan mereka sibuk menjamah makanan mereka semua kelihatan manis dan gembira.Ada di antara mereka yang memandangkan aku sambil tersenyum aku membalas kembali senyum kepada mereka.Aku duduk di atas sebuah kerusi kosong yang besar dan cantik.Keseluruhan tempat itu begitu menakjubkan,aku kemudian memegang kain meja yang membalut meja makan itu .Kain itu berwarna keemasan dan berbau wangi malah ia selembut  sutera.Aku kemudian melihat kaki meja itu,Wahh  meja itu diperbuat daripada emas begitu juga dengan kerusi yang aku duduk itu.Aku rasa seolah-olah duduk di meja makan diraja kerana semuanya emas kecuali makanan di atas meja,dan meja makan itu pula terletak di tengah-tengah taman hijau yang dikeliling pohon-pohon hijau yang subur serta dipenuhi dengan buah-buahan masak malah di sekitar taman ini dipenuhi dengan bunga-bunga yang mekar dan terang warnanya.Sedang aku sibuk melihat keadaan sekeliling seorang gadis berkulit cerah,bermata ungu gelap,berambut ikal dan berwarna perang di sebelah aku memerhatikan aku lalu menghulurkan aku  sepotong kek coklat sambil tersenyum”makanlah jangan malu-malu,tempat ini ialah rumah kita bersama dan ia kekal abadi.”katanya padaku.Aku mengambil kek yang dihulurkannya,dengan lafaz bismillah aku memakannya.Rasa kek itu sangat sedap.Aku kemudian melihat makanan lain di atas meja itu dan aku tertarik dengan sepinggan spegetti berbola daging di hadapan aku, lalu aku letak kek yang aku pegang tadi di atas pinggan.Aku mula menjamah spegetti bebola daging itu beberapa seketika kemudian aku sudah tidak larat hendak menjamah apa pun .Kemudian seekor arnab putih melompat mendekati kaki aku.Aku memerhatikanya arnab itu kelihatan jinak,warna bulunya sangat putih dan gebu kemudian ia melompat pergi meninggalkan aku.Aku bangun dari tempat duduk kerana aku mahu mengikut ke mana arnab itu pergi. Arnab itu menuruni sebuah bukit.Sambil mengejar arnab itu aku melihat keadaan sekeliling suasana cukup indah dengan bunga-bunga,air terjun,haiwan liar seperti singa,gajah,kucing batu kelihatan sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak ia langsung tidak kelihatan garang malahan ia jinak.

Di taman itu ada banyak budak sebaya aku dan mereka sedang leka bermain dengan sangat gembira.Aku tidak nampak pun seorang yang sebaya dengan orang tua aku.Semua di situ muda-muda belaka malah wajah mereka juga sangat tampan dan cantik.Pakaian mereka sanagt cantik dan rekaannya lain-lain tidak ada satu pun yang sama,di pakaian mereka terdapat banyak batu-batu permata yang direka halus dan ia kelihatan sangat indah.Di kepala mereka semuanya ada mahkota dan termasuk di keseluruhan badan mereka semuannya ada perhiasan yang cantik-cantik.

Sewaktu aku sedang leka memandang mereka,datang seorang budak perempuan yang sangat cantik mendekati aku.Wajahnya sangat cantik,kulitnya berwarna putih bersih malah tersangat bersih.Aku tidak tahu bagaimana dengan rupa aku.Adakah ia sudah berubah?aku lihat pada kulit tanganku kulitku berwarna sawo matang.Aku lihat pada yang lain kesemua kulit mereka berwarna putih.Aku berasa rendah diri.Gadis itu datang padaku dan berkata padaku.”mengapa kau bersedih hati?sini ialah syurga nan indah semua orang patut bergembira,”katanya.Aku memandang wajahnya dan matanya yang berwarna hijau itu,aku membalas “siapa nama kau?kau hidupkah?macam mana aku boleh berada di sini?aku sudah matikah?,”tanyaku pada gadis itu.Namaku siti,aku meninggal pada umur 25 kerana kanser perut.Kau masih hidup sebab itu warna kulit kau tidak berubah.Kau berada di sini kerana engkau selalu membayangkan tempat ini dan kau berkehendakan sangat untuk tinggal di sini.Aku memandang Siti,memang benar apa yang Siti katakan itu.Memang aku mahu sangat ke taman fantasy yang aku cipta di dalam minda ku itu dan berharap dapat tinggal di sana bersama kanak-kanak dan tidak perlu membesar seperti orang dewasa yang hidup mereka penuh dengan kerja dan wajah mereka semakin lama makin tua.Sedang di taman fantasy aku semua kanak-kanak akan tetap muda,sihat dan gembira selamanya.

Aku bertanya kepada Siti”habis apa yang harus aku lakukan di sini jika aku masih hidup?nanti aku akan terjaga dari  mimpikah?,”.Siti menjawab”aku tidak tahu,marilah kita pergi bermain bersama di sana dan makan sepuas hatinya,kau tidak akan pernah bosan berada di tempat ini kerana semua ada!lihat di atas langit sana ada burung phoenix,”kata Siti menyuruh aku memandang ke langit.Aku mendongak.Aku terkejut melihat burung-burung gergasi yang ada api bersinar di sekelilingnya sedang terbang dengan megahnya di langit.Aku nampak ada banyak lagi burung aneh dan gergasi itu di langit malah ia ada pelbagai macam warna dan apinya juga berwarna warni,ada yang berwarna hijau dan ungu,kuning juga ada.Aku hampir pengsan kerana takut dan terkejut melihat burung-burung itu kerana meyangka ia akan menyambar aku dan membakar aku.”mari naik atas burung itu!,”pelawa Siti.”APA!”aku terkejut dengan apa yang Siti cakap padaku kerana aku hampir ingin menyorok ke dalam kek itu kerana takutkan burung itu.Sekelip mata sahaja selepas Siti habiskan ayatnya padaku seekor burung phoenix berapi berwarna kuning mendarat betul-betul di belakang aku.Aku berpusing dan terjatuh di atas rumput kerana kaku dengan apa yang aku lihat.Burung itu berwarna kuning dan bulu hujungnya berwarna warni dan ada permata di badan burung itu ,apinya berwarna kuning tetapi di hujung api itu warnanya berubah-ubah dan ia berwarna warni.Burung itu sangat cantik,badannya seolah-olah diperbuat daripada emas dan di kepalanya ada permata dan bentuknya seperti rambut bulu merak.Bulunya kelihatan gebu,matanya hitam dan besar,ia kelihatan jinak.Siti medekati burung yang besarnya seperti duah buah kapal terbang boeing.Burung itu menundukkan kepalanya kepada Siti.Aku besarkan mata lihat Siti mana tau kalau-kalau burung itu nak makan Siti.Oh tidak burung itu kelihatan sungguh mesra dengan Siti.Siti mengusap-usap bulu burung itu dengan penuh kasih sayang  aku tersenyum melihat perbuat Siti kemudian Siti memandang aku “marilah awak,eh apa nama awak lupa tanya pulak” tanya Siti pada aku dari jauh .Aku bangun dan menjerit namaku padanya”panggil saya dila” aku berlari anak ke arah Siti,aku sudah tidak takut pada burung itu kerana ia kelihatan benar-benar jinak,selain itu dalam pemikiran aku”inikan heaven mana ada burung makan orang,kalau ini mimpi aku taknak bangun aku mahu tinggal di sini hingga kiamat,”fikirku sambil tangan aku mengusap-usap lembut bulu phoenix itu,anehnya api di kelilingnya langsung tidak membakar sebaliknya ia sejuk an nyaman.Aku tersenyum dan memandang Siti,”hebatnya,” kataku pada Siti.Aku memandang mata phoenix itu yang besar.Aku lihat diriku pada matanya yang boleh dijadikan cermin itu kerana matanya hitam jernih.Aku terkejut melihat diriku yang masih memakai baju-t dan aku masih berumur 18,aku memandang ke arah baju gaun yang aku pakai ya aku memakai baju gaun dan badanku seperti budah sebelas tahun.”Mungkin ini diriku yang sebenar kerana aku masih hidup.”kataku dalam hati. Tiba-tiba phoenix tersebut merendahkan badanya seolah-olah ingin mempelawa kami naik ke atas badanya.Siti menarik tanganku dan memimpin aku ke arah sayap burung phoenix.Siti memijak dan naik ke atas sayap burung phoenix itu dan aku ikut sahaja kemudian kami berdua duduk di belakang burung phoenix gergasi itu.Oh rasanya sungguh empuk seperti katil yang mahal.”Boleh lena aku atas ini”bisik hatiku.Aku melihat ke arah kepala burung phoenix itu  kemudian aku lihat ke bawah.Burung phoenix itu terus mengangkat badannya yang tadi direndahkan untuk kami.Memang tinggi sugguh!kemudian sayapnya dikibas-kibaskan tanda bersedian untuk terbang, angin di sekeliling aku menjadi kencang habis rambut aku dan Siti mengerbangkan.Aku baring merendahkan badanku kerana takut diterbangkan atau tercampak dari badan phoenix itu dan mati betul-betul”takde sit belt ke?”tanyaku pada Siti.”huh?”Siti terkejut dengan soalan bodoh aku tu kemudian  ketawa macam mak aku ketawa kat aku.Siti menjawab”ala jangan risau sini heaven lah takkan ada kemalangan jom kita pergi ke langit dan lihat sekeliling,kemudian kita jatuh atas kek ke,naik roller coaster ke kan”.Cakap tentang roaler coaster aku rase naik burung ni pun dah cukup.Burung phoenix itu terus terbang ke langit seperi roket  lajunya bukan kepalang! sekelip mata sahaja aku sudah berada di atas awan.

Aku membuka mataku luas-luas dan mulut aku terngaga melihat apa yang ada di hadapan dan sekeliling aku.

Matahari ada di hadapan aku!.Aku menarik nafas.Siti memandang aku “macam mana?hebat tak?kalau kat dunia sampai tua pun tak mungkin awak dapat naik dengan burung setinggi ini hahaha”gelak Siti padaku.Mataku tidak berkelip memadang semua ini.Aneh biasanya aku akan rasa mabuk kalau naik ke tempat tinggi seperti di dunia naik kapal terbang,jalan jauh naik kereta pun aku termuntah banyak kali.Tapi sini badan aku sihat dan kuat.Tiba-tiba Siti menolak aku hingga terjatuh dari atas badan burung phoenix.”ARGHHHHH!!!!”aku menjerit ketakutan.”aku dah mati!,aku dah mati!dah mati!…..dah mati ke? aku rasa hairan kemudian aku buka kedua belah mataku perlahan-lahan.Aik?Aku berada di bawah burung phoenix.Aku tak mati lagi?.Tadi aku terjatuh dari tempat tinggi.Aku dan terbaring memandang ke atas.Aku memandang Siti yang sedang tergelak macam mak aku di atas burung phoenix,aku juga melihat langit biru satu lagi di atas.Aku melihat ke kiri aku…awan,aku pusing badanku dan melutut memandang ke hadapan aku.Sinar mentari yang lembut menyinari wajahku.”Aku di atas awan…”bisik hati kecilku.Aku memandang dengan perasaan penuh takjub pada matahari yang hampir terbenam itu,panas mentari itu lembut dan bukannya panas terik “wajah dan mataku tentu nampak cantik disinari matahari itu”aku berkata di dalam hati .

Tiba-tiba segerombolan burung-burung naik menembusi atas awan.Aku terkejut.”Mengapa aku rasa yang awan ini keras seperi lantai tapi burung itu tembusnya mudah sahaja?”tanya hatiku. Aku melihat burung-burung itu terbang dengan gembira.”Ini memang betul syurga”aku berkata sendirian.Siti melompat dari atas burung phoenix dan mendarat lembut atas awan”kita sedang berada di atas awan dila,tengok cantik tak matahari petang tu?.”tanya Siti padaku,aku memandang sekali lagi pada matahari itu sambil tersenyum.”Sorrylah saya tolak awak,saja je nak bagi surprise kat awak,kan seronok macam tu hehe.”gurau Siti padaku.

“sorry,sorry naik lorilah! nasib baik saya tak ada sakit jantung,tapi best jugak haha!.”aku dan Siti tergelak bersama.Aku memandang ke lantai awan kemudian aku mengengam awan ya awan itu boleh di sentuh dan rasanya seperti kapas lembut yang mudah terurai,lembutnya dan sejuk macam ais..aku melihat pada awan yang lebih besar dan tebal aku memegang-megang awan itu,oh ia lembut seperi kapas.Rasa hendak tidur pula di atasnya tapi aku takut jatuh.Aku beranikan diri dengan baring perlahan-lahan di atas awan itu,oh enaknya ia bergitu lembut lebih lembut dari katil di bumi atau katil mak aku.Aku hampir terlena dengan keasyikan dan kelembutan  awan yang ku jadikan bantal itu.Aku membuka mataku dan memandang sekeliling,suasana putih dan aku memang sedang berada di atas awan.Oh memang aku rasa tidak percaya.Aku memandang Siti yang sedang senyum melihat keletah aku,”agakknya Siti sudah berapa lama bermain di atas awan ini”bisik aku di dalam hati,aku kemudian mengengam segemgam awan lalu aku baling ke arah Siti lalu sambil ketawa.Siti mengangkat bahunya sebelah nak menahan serangan awan aku,”o nak lawan ya nanti dila”balas Siti lalu diambilnya sengemgam awan lalu  membalinya pada aku,puup awan itu mendarat di atas muka aku.Aku meyapu awan yang ada di mukaku,nasib baiklah ini awan bukan salji kalau tidak sudah tentu aku mengiggil kesejukan .Aku mengambil sengengam awan lagi, melihat perbuatan aku Siti sudah berlari bersembunyi di belakang awan yang lebih besar untuk mengelak dari serangan aku.Aku berlari ke arah tempat persembunyian Siti lalu aku baling sekuat hati aku pada Siti tetapi Siti berjaya mengelaknya aku tidak puas hati sekurang-kurangnya biar muka Siti pun kena awan. Aku mengambil lagi sengemgam awam lalu aku berlari mengejar Siti,Siti terus berlari sambil tergelak melihat perbuatan aku.Tiba-tiba aku terjatuh tersandung kaki sendiri dan aku betul-betul bernasib baik kerana di depan aku ada lubang,dada aku berdegup kencang jika tidak kerana kaki aku tersandung sudah tentu aku berlari hingga termasuk ke dalam lubang itu.

Dalam keadaan masih tertiarap aku memanjangkan leher untuk melihat apa yang ada di dalam lubang itu kerana aku takut jika aku makin dekati lubang itu aku akan terjatuh ke dalamnya.Rupa-rupanya di bawah sana ialah bumi.Aku hampir hendak pitam melihat keadaan darat bumi yang bulat itu.Aku juga berasa loya kerana melihat ke bawah.Aku memikirkan apa yang akan terjadi sekirannya aku terjatuh ke bawah sana adakah ia sama seperti jatuh dari katil atau aku benar-benar jatuh dari langit.Aku mula bergerak ke belakang dalam keadaan masih tertiarap , Siti tergelak melihat ketakutan aku Siti berkata”Dila jangan risau nasib baik kaki awak tersandung kalau tidak tak tahulah saya bagaimana keadaan awak.”aku duduk dalam keadaan jantung masih berdebar aku bertanya kepada Siti”mana syurga tadi,bukankah di bawah tadi ialah taman?macam mana pulak ia jadi bumi?,”Siti membalas”oh itu cuma lubang kaca di mana awak boleh melihat keadaan bumi sekarang,tengok ni,”Siti berdiri di atas lubang kaca yang aku sendiri menyangka ia benar-benar lubang yang boleh menyebabkan aku terjatuh sambung Siti lagi”Syurga tempat ghaib saya pun tidak tahu mana arahnya,tapi di atas langit ini awak dapat lihat bumi awak cuma boleh pergi balik ke sini dan syurga dengan menaiki phoenix dan haiwan di syurga yang boleh terbang .”Wahhh!cayalah,”aku terkejut melihat Siti yang tidak terjatuh. Melihat keadaan Siti itu aku mula memberanikan diri dengan mendekati Siti dan mula menghulurkan kaki kiriku dulu untuk test sama ada ia benar-benar kaca ataupun lubang.Sah ianya kaca,sewaktu aku letak kaki kiri ku awan mula pergi dan membesarkan lagi ruang kaca itu.Kini aku boleh melihat keadaan bumi yang bulat.Aku berasa sungguh teruja kerana aku berada di atas bumi tanpa perlu berusaha menjadi angkasawan, Shekh Muzafar tentu cemburu melihat keadaan aku sekarang  ini.Aku tersenyum sendirian dengan berfikir begitu.Aku mula berjalan-jalan di atas kaca itu tanpa rasa takut,aku boleh lihat dengan jelas di atas laut bayang-bayang ikan paus sperma,aku duduk mencangkung untuk nampak dengan lebih jelas sambil mengamati keadaan laut,pantai,negara-negara,aku boleh nampak dubai”mana malaysia nih?” soal ku sambil mataku liar mencari negara Malaysia.”Ni dia”beritahu Siti padaku.”Wahh Malaysia keciknya Singapore lagi kecik kan.”aku tersenyum melihat negara sendiri.”Awak pernah pergi Malaysia?”soalku pada Siti “tak tak pernah”jawab Siti,”awak orang apa?”tanyaku pada Siti lagi,Siti menjawab”indonesia” .Aku melihat Siti,”selepas awak mati awak ada pergi jenguk keluarga awak tak?”soalku.Siti mengeleng.”Saya tidak boleh berjumpa keluarga saya,saya hanya boleh melihat mereka dari atas ini sahaja,tapi tak mengapa kerana tak lama lagi mereka semua akan datang sini,”jawab Siti sambil tersenyum.”Dah la mari kita sambung main nantikan awak nak balik sebab awak belum mati lagi,” kata Siti “huh o ah ah ye la jom kita main puas-puas sebelum mimpi saya berakhir,”balasku pada Siti.Siti sudah  mengengam awan tanda hendak membalas serangan aku tadi  ,aku lekas-lekas berlari dan bersembunyi di kaki phoenix.Phoenix itu tiba-tiba duduk mungkin penat melihat kerenah kami berdua.Aku dan Siti berlari-lari di atas awan itu sambil buat awan itu macam salji,dan menyepak-nyepak awan,dan baling awan antara satu sama lain.Aku berasa sungguh gembira kerana aku rasa seperti menjadi kanak-kanak semula.Sewaktu aku mahu membaling awan ke muka Siti  tiba-tiba awan di belakang aku ditembusi oleh seekor lagi burung phoenix hijau tua yang juga membawa empat orang kanak-kanak sebaya kami, aku terkejut beruk kerana lantai awan yang keras yang ku pijak ini rupa-rupanya seperti awan di langit yang mudah ditembusi,aku berlari ke arah phoenix kuning aku yang kelihatan tenang tanpa berasa terkejut melihat seekor burung sepertinya naik ke awan.Aku memandang ke arah empat orang kanak-kanak di atas burung phonix hijau tua itu,mereka  mungkin mereka juga mahu bermain di atas awan seperti kami.Mereka berempat  melihat ke arah aku dan Siti sambil melambai-lambai tangan mereka ke arah kami.oh friendlynya.Tapi burung hijau tua itu tidak mendarat di atas awan seperti kami sebaliknya ia bergerak pantas seperti kilat sejurus kanak-kanak itu melambai ke arah kami.

Burung phonix hijau itu terbang jauh ke arah langit biru dan beberapa lama kemudian ia hilang dari pandangan,aku berpusing-pusing memandang ke arah langit”aik mana dia?burung tu pergi mana Siti?,”tanyaku pada Siti.Siti tidak menjawab tetapi dia berjalan ke arah phoenix kuning dan naik ke atas dan duduk di belakang badan phonix”mereka pergi melawat angkasa,” jawab Siti.”huh”aku binggung,aku memandang ke arah Siti seraya berkata”bu..bu..burung tu tu pergi langit?pergi ke luar langit ke?means angkasa lepas?Wauuu!! jom pergi sana!,”aku melompat-lompat tanda tidak sabar mahu ke angkasa.”Naiklah cepat!,”Siti menyuruh aku naik ke atas belakang phoenix.Ya kami berdua sudah bersedia mahu mengembara ke angkasa.Di dalam pemikiranku aku membayangkan  keadaan di angkasa yang panas,tidak dapat bernafas,tapi bagaimana dengan budak tu….?oh mereka sudah mati dan ini mimpi aku jadi aku takkan rasa apa-apa bila di atas sana.Aku membayangkan lagi keadaan planet-planet dan debu di sana,tentu banyak sampah kan.Phoenix bangun dari duduk lalu mengepak-ngepakkan sayapnya tanda ready nak terbang.Kepala phoenix memandang ke atas lalu ia terbang dengan mengepak-ngepakkan sayangnya perlahan-lahan , sesuai dengan bentuk badanya yang besar macam gergasi itu awan di sekeliling mula bergerak seperti gas dan kabus,kemudian ZOOOMM!! phoenix itu secara mendadak meluru ke atas langit seperti roket,tidak ia seperti kilat yang menyambar.Aku dapat rasakan dayanya pada wajahku,dan angin ribut di sekelilingku menandakan burung phoenix itu benar-benar bergerak laju seperti kilat.Aku merendahkan badanku sambil mukaku berlindung di sebalik bulu phonix,tanganku memegang kuat pada bulu phoenix harap-harap bulu burung ni tidak tercabut kalau tidak aku pasti akan melambung dan jatuh menyembah langit..Aku langsung tak dapat berfikir,aku tidak dapat membuka mataku,ia seperti ribut taufan kelas lima.Aduh sakitnya badan ini,angin di sekeliling sangat kencang.Aku akhirnya tertidur kerana letih menahan angin ribut.

*************

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: