A 2

moning,

sambung yang hari itu,

Mila nama si Mila AF but bukan yang itu,itu lain cerita ini cerita about si kanak-kanak yang sejak kecil ada dyslexia.

Penyakit yang selalu orang label kan sebagai orang bodoh dan lembap dalam pelajaran.

well….ye ke?

Disebabkan Mila ni selalu duduk diam di dalam kelas dia selalu menjadi sasaran mangsa buli.

Bagi Mila dia duduk diam kerana merasakan tidak ada apa yang perlu dilakukan dengan mundar-mandir di dalam kelas,duduk diam-diam lagi baik.

Tapi itulah yang budak nakal lain tidak puas hati.Budak nakal biasanya mensasarkan budak pendiam kerana beranggapan mereka ini sasaran mudah dan lemah.

Mila pernah terjatuh di dalam kelas sewaktu hendak pergi ke meja guru ketika hendak menyerahkan buku latihan.

Budak yang menyebabkan Mila jatuh ialah Mamat dia sengaja mengeluarkan kakinya supaya Mila tersandung dan jatuh tersembam atas lantai.Mamat is setan class clown.Dia memang nakal.Tapi itu belum cukup untuk memuaskan hatinya yang terlalu seronok membuli budak lemah seperti Mila.

Mila masuk ke kelas tetapi di tahan oleh dua orang budak lelaki.Budak lelaki tersebut ialah Mamat dan Saiful.

Mereka menayakan sesuatu kepada Mila tetapi Mila tidak faham lalu secara tiba-tiba Mamat menumbuk perut Mila.Mila tidak rasa apa-apa sewaktu tumbukan pertama kerana daya tahan sakit Mila agak kuat.Mamat rasa tercabar kerana Mila tersenyum kerana tumbukan lemah Mamat,lalu Mamat dan Saiful bergilir-gilir menumbuk perut Mila berkali-kali.

Akhirnya Mila tunduk menahan sakit dan yang paling bangang menyakitkan sekali bukanlah sakit di perut itu tetapi kerana

sakit hati rakan sekelas lain lelaki dan perempuan cuma tengok sahaja Mila ditumbuk macam binatang.Bila Mial tertunduk menahan sakit seorang pun tak datang membantu.

Balik rumah,Mila bertekad mahu memberitahu ayahnya.Ayahnya sewaktu itu sedang memasang ubat nyamuk di bilik utama.Mila perlahan berjalan di belakang ayahnya dan memberitahu ayahnya tentang budak lelaki yang menumbuk perutnya.Ayah Mila terkejut dengan apa yang Mila katakan.Esok ayah Mila datang ke kelas Mila,di depan pintu kelas Mila ayah Mila bercekak pinggang dan dengan suara yang nyaring ayah Mila berkata “SIAPA YANG TUMBUK PERUT ANAK AKU KELUAR SEKARANG!” Mila sorok sedikit di belakang ayahnya,dalam hatinya dia sedikit terkejut,takut dan puas hati.

Seorang pelajar menunjuk-nunjuk ke arah Saiful.Apa lagi ayah Mila terus memegang kolar baju Saiful serta memberi amaran supaya jangan usik Mila lagi atau dia akan dibelasah seperti kentang lenyek. Seorang lagi si kepala botak dan keras Mamat dia tidak hadir ke kelas mungkin sudah menjangkakan akan perkara ini,memang dasar penakut.

Mila berjalan perlahan menuju ke tempat duduk sendiri.Rakan dalam kelas mula bercakap dengannya “tanda perihatin”

Mila tersenyum kerana dia mendapat kawan,tetapi sebernar Mila benci keadaan itu kerana mereka berkawan dengannya kerana takut,bukan kerana ikhlas.

Mila rasa kesunyian dan disisihkan.Mungkin tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya atau dia budak malang.

Sudahlah bodoh, hodoh pula memang Mila tidak di sukai.

Darjah 4.

Era baru.Mila semakinbesar malah dia juga makin biasa di sekolah(selepas 3 tahun dalam kegelapan)

Mila ada kawan baru bernama Syikin tapi dia bukanlah kawan yang loyal just ringan-ringan macam itu.

Mila belum lagi mempuanyai rakan yang memahami atau rakan yang sanggup berkorban antara satu sama lain.

Syikin cuma memerlukan Mila bila rakannya yang lain tiada.Mila tidak kisah kerana dia menyangka Syikin kawan sejati dan tetap mahu berkawan dengannya.

Masuk beberapa bulan kemudian Mila pindah rumah.Ia merupakan perkara baru buat Mila yang belum pernah ke luar negeri.Malah dia rasa sedikit gugup dan hairan kerana belum pernah ke tempat yang jauh selain dari rumahnya.

Sudah beberapa lama juga Mila tidak pergi mana-mana dengan keluarganya yang terlalu sibuk dengan kerja.

Mila juga cemburu pada sepupunya yang mempunyai keluarga yang lebih baik darinya,sepupunya selalu pergi berjalan-jalan bersama ahli keluarga yang lain malah sepupunya lebih disayangi semua orang.Mila rasa ini tidak adil kerana dia tidak merasakan semua ini dan kenapa dia lain,dan kenapa dia diciptakan lain semua ada di dalam di fikiran Mila.Mila cemburu kerana kehidupan orang kaya nampak lebih mudah dan mengembirakan.

Mila berasa sedih.

Johor.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: