mereka menjerit dalam diam…

wed 11:45 pm

dear diary.

it so quiet right now,everyone sleep and i fell so peacefull because i write something in my diary.

Tadi aku ada tertonton rancangan bersamamu,well aku memang kurang minat dengan rancangan tv yang sedih,because aku sendiri agak sensitif jadi aku elakkan.Aku cuma tonton bila mak ada,mak minat cerita melayu,indo dan tamil jadi kalau dah remond astro kat tangan dia aku tak boleh buat apa-apa layan saja kalau boring aku lari masuk bilik.

Rancangan bersamamu kali ini tentang kehidupan sisi gelap di kuala lumpur.Biasanya lorong haji taib dan lorong-lorong lain yang pada pandangan masyarakat seperti aku itu tempat !@#$ .Ya nama lorong itu sendiri famous kerana situ banyak pelacur,mak nyah,pengemis,homoseksual,gangster,penagih dadah dan bapak ayam.Aku sendiri rasa takut sewaktu menulis ini kerana aku lebih suka tulis tentang alam fantasy aku itu alam willy wonka.But kali ini aku mahu menulis tentang sesuatu yang real.

Agaknya apa yang mereka sedang lakukan sekarang?adakah mereka sedang melakukan sesuatu yang Allah murka kerana TERPAKSA atau kerana material?atau ada yang diantara mereka sedang berdoa kepada Allah sambil berlinangan air mata, kerana dosa masa silam,aku tidak tahu tapi yang pasti ia ADA!.

Selama ini aku rasa jijik dengan mereka,ishk jangan dekat dengan mereka!mereka kotor!ada aids,kuman ishk kotor! kotor!.

Tapi baru aku sedar yang mereka tidak  pun mahu jadi seperti itu.Aku ingat lagi kat tv ada audition mentor pastu ada seorang mak nyah datang nak audition juga dia nak audiotion dengan idola dia Ziana zain.Semua orang gelak.huh tak sedar diri betol haha!.ya itu yang kebanyakkan dari kita fikir tentang dia.Tapi sedar tak dekat dalam hati dia itu seperti laut yang dalam lagi gelap.Dia tidak perduli pun tentang apa yang orang lain fikir pasal dia.Sebab…

Sebab dia tak peduli.Hanya Allah yang tahu isi hati dia.Dia tak minta jadi macam ini.Kita masyarakat jangan jadi evil dengan mencemuhnya!Dia manusia.Dia pernah menjadi kanak-kanak.Adakah zaman kanak-kanak setiap orang sama?hapening je memanjang?takde kan.Ada yang dicabul kesuciannya sejak kecil,ada yang mengemis,ada yang didera,ada anak haram macam-macam lagi.Kita yang ada kehidupan baik ini sepatutnya bersyukur!Allah tidak beri kita ujian seperti mereka.Mereka antara yang dipilih Allah untuk dapat ujian ini.Mereka bukan calang-calang orang yang dapat bersabar dengan segala dugaan yang menimpa diri mereka.

Al-quran ada jawapan dari Allah from surah al-baqaroh:286

Allah tiada membebani seseorang,melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Jadi Allah hanya beri ujian pada yang berkemampuan sahaja.

Jika ada yang diantara kita ynag ada kenalan seperti mereka,tolonglah jangan tinggalkan mereka seorang diri.

Mereka perlukan sokongan dari segi emosi,dan kewangan.Jangan jugde people from they look.

Kata puan Afidah”tak ada sorang pun di antara mereka yang nak hidup macam tu,cuma godaan dadah itu terlampau hebat”

ya,dadah..najis yang sama hebat seperti arak air kencing syaitan.Yang sering diteguk muda mudi yang cuma fikir nak fun sahaja.

Aku hidup dalam suasana keluarga sederhana,hidup aku juga ada macam-macam rasa dan warna

masam,manis,hitam,merah,putih,kuning.Sebab itu kita hidup perlu ada Tuhan dan iman.

Tanpa ini kita akan hidup bebas seperti burung.Ya berlagak macam burung yang tidak ada akal yang dikurniakan kepada kita.Jadi kita bebas!.Aku bebas teguk air kencing,tidur dengan sesiapa,tak balik rumah pun tak apa,habis kan duit sesuka hati,melepak,merempit ya aku suka hidup yang tidak ada makna.Buat apa balik rumah,mak ayah tak perduli pun kat aku,ah aku kesunyian aku perlukan kawan-kawanku,jom hisap shisha,dadah,ubat batuk.Itu yang difikirkan muda mudi kita.

Buat sahaja apa yang kamu suka.Kerana tiada satu pun yang kamu buat itu akan penuhkan kesunyian di dalam hati,

teguk air setan boleh hilangkan stress?ah penipu!percaya cakap aku kamu akan tetap rasa merana di dalam hati.Mungkin rasa iman akan hilangkan duka dalam hati.Tak apa jika ibu dan ayahku buang aku,tak apa masyarakat mencemuhku kerana Allah lebih sayangkan aku 70 kali ganda lebih dari orang lain.Boyfriend dan girlfriend pun tidak boleh sayang kita macam itu kerana mereka sama macam kita perlukan Tuhan yang menyayangi kita tanpa syarat.

Buat apa kita mencintai dunia yang hina dan sementara ini hanya kerana mahukan rumah sebesar istana,duit emas setinggi gunung,kekasih cantik kacak,ubah muka supaya lawa dan orang ramai akan tertawan,kerana bila mati satu pun kita tidak boleh bawa masuk kubur.Yang boleh cuma amalan seperti sembahyang kerana dengan sembahyang kita sedang menghadap Allah dan Allah ampunkan dosa kita walaupun dosa kita teramat teruk,dan amalan lain seperti sedekah,amal jariah.Itu sahaja yang boleh kita bawa.Orang tidak peduli pun wajah kita yang cantik itu bila kita sudah mati ia tidak bawa sebarang manfaat.Harta kita pula akan dibahagi-bahagi tidak pun akan direbut oleh manusia yang masih hidup,kekasih atau isteri suami yang cantik akan menemui orang baru atau jika mereka orang soleh dan rasa cinta kuat mereka tidak akan kahwin lain.

Itu sahaja.Yang penting ialah kita tetap mencintai Allah dan Allah mencintai kita.Allah tidak perduli pun jika kamu itu pelacur,penagih,pembunuh asal kamu insaf dan bertaubat atas dosa yang telah dilakukan dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.Allah akan ampunkan dosa kamu even ia setinggi angkasa selagi di hati kamu itu ada rasa insaf dan Tuhan kamu tetap Allah.Pandangan masyarakat terhadap golongan seperti kamu tidak penting bukan mereka yang akan tolong kamu keluar dari neraka yang penting padangan Allah pada kamu.Kerana ampunan Allah sanggat penting supaya kamu dapat mati dengan cara baik dan bukan dengan cara hina.Ingatlah nyawa kamu di dunia ini tak panjang.Janganlah ada di antara kamu menjadi bodoh dengan memikirkan nyawa kamu akan panjang hingga 100 tahun.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: