Mengapa aku begitu bencikan sekolah!

School is HELL! tempat tu penuh dengan kuasa jahat!sakit hati,aku cuba jadi budak baik memang aku baik tapi aku kerap memikirkan aku mahu bom sekolah itu.Kerana orangnya.Kerana sistem bodoh negara Malaysia.I BET BOTH!

Ya.Adakah sekolah di Malaysia tempat untuk asuh para pelajar supaya jadi terbilang atau pun menghancur keupayaan  yang ada pada pelajar?Tak ada seorang manusia yang sama akal pemikiranya,kreativi mereka semuanya lain-lain.

Tapi orang besar gila kuasa itu tetapi memekak kan telinga.Adakah mereka tidak pernah menjadi kanak-kanak?

kalau mereka pernah menjadi kanak-kanak dan tinggal di Malaysia apa yang mereka kena hadapi?

YA SEKOLAH!.Hari pertama sekolah sanggat menyeronokkan kawan baru,baju baru,beg baru,suasana baru dan cikgu baru.Buat pelajar normal yang tidak ada masalah dengan sistem pelajaran it’s ok.Tapi bagaimana dengan pelajar yang lembap?Pelajar yang memerlukan sesuatu yang berbeza untuk diajar kepada mereka.Adakah orang besar ini menganggap pelajar itu bodoh ataupun menggagap pelajar itu lain dan dia perlukan bantuan.Kerana di dalam mindanya ada kuasa hebat yang meronta mahu keluar dan jadi hebat tetapi ia terlalu kuat hingga ia merungsingkan pelajar itu.Kerana di dalam pemikirang pelajar itu penuh pertanyaan yang bertubi-tubi tetapi sering kali mulut mereka terkunci rapat lantaran tidak tahu cakap tentang pekara yang tidak masuk akal itu yang orang besar sendiri pun tidak faham apa masalah yang dihadapi pelajar itu. Oleh oramg besar itu membunuh pelajar itu dengan denda dan memberi tugasan yang banyak padahal pelajar malang itu tidak reti cara hendak membuatnya.Tetapi pelajar itu harus angkur jika tidak buat mereka akan didenda.

Hari pertama sekolah sucks!Cikgu tak betul atau pun cikgu orang dewasa yang makin lama makin tua makin hilang kreativiti di dada mereka.Aku membayangkan cikgu akan mengajar dengan cara paling mudah iaitu menyanyi,membuat cerita moral,mengunakan alat permaianan yang menyeronokkan,belajar di luar kelas.Tapi seperti biasa.”Buka buku semua pelajar muka surat bla..bla..”Ah apa yang ada atas kertas itu?otak aku baru hendak mengembang tetapi dipaksa pula menulis dan membaca di atas kertas putih dan di dalamnya ada pelbagai ilmu yang aneh-aneh aku harus membacanya lalu membayangkannya secara visual sebab itu aku selalu mengelamun.

Ya aku ambil masa untuk faham.Tapi cikgu kata masa itu emas dan harus dikejar.Oh kelam kabut sungguh.Aku binggung.

ya aku mengatuk.Esok aku mahu buat-buat sakit.Aku tidak mahu ke sekolah nanti kena denda dan dimalukan.Aku benci!.

Kini sama sahaja.Tiada perubahan.Orang besar itu boleh mengubahnya tapi kenapa dia tidak mahu ubah?mengapa dia tidak mahu jadikan sekolah tempat indah?kenapa aku harus ada perasaan benci pada sekolah?ya orang besar itu tidak peduli tentang pelajar bodoh ah biarkan sahaja mereka itu sudah lah bodoh malas pula.

Itu sahaja katanya.Ya engkau orang besar yang punya kuasa tetapi engkau lagi pemalas kerana selalu terperap di dalam pejabat dan sibukkan diri dengan dokumen sampah yang sibuk menayakan gaji ibu bapa,no telefon ibu bapa,dokumen yang sama juga aku pernah di minta beberapa kali mengisinya.

Aku pernah mempunyai masalah dengan diriku.Ya bagaimana mahu berkata-kata di hadapan orang ramai.Kerana selama ini aku selalu diajar duduk di tempat duduk lalu buat latihan yang cikgu tulis di papan hitam ini.Huh satu kerja mudah.Cikgu salin dari buku pelajar tulis semula dalam buku.Sangat membosakan.Aku rasa pengalaman lebih mudah diingat kerana ia real,dapat disentuh,dan ia ada perasaan dan rasanya manis dan masam.Tetapi belajar di dalam kelas adalah bosan dan rasanya tawar dan pahit.

Sudah hilang cikgu yang bersifat kreatif,kini datang cikgu bengis,sudah hilah tawa riang dalam kelas kini kelas senyap kerana pelajar belajar dari buku.Kalau begitu aku mahu berhenti sekolah lalu beli buku dari kedai sahaja dan belajar di rumah kerana ia lebih aman.Aku boleh belajar di rumah dengan suasana hapenning,no stress,pekara mudah,aku ada masa untuk diriku kerana selama ini aku juga yang menolong diriku sendiri.Aku minta guruku ajar aku yang lembap ini tapi penjelasan dari lidah mereka sama seperti apa yang ada di dalam buku.Jadi sia-sia sahaja.Apa yang aku belajar dari mereka ialah jangan malas,rajin-rajin baca buku,dan aku terima kad repord dari mereka.ya merah lagi.Ah aku bosan.

Sudah lah aku takut bercakap di hadapan kerana selama ini cikgu tidak pernah meyuruh para pelajar bercakap di hadapan dan mengajar sesuatu kepada pelajar lain.Oh ya cikgu malas kah ataupun cikgu mahu lihat kami mengajar cikgu.Jika cikgu menyuruh aku dan rakan-rakan buat presentation di depan kelas dan ajar sejarah,perdagagan dan sebagainya.Aku mahu halau cikgu itu keluar dari kelas.Kerana mata pelajaran itu yang aku tidak faham disuruhnya aku menjadi cikgu di depan kelas.Oh ya cikgu mahu membina sifat pemimpin di dalam kelas.Tapi pemimpin apa? kami juga tiru dari buku.Malah para pelajar lain juga boleh membacanya sendiri di dalam kelas.

Hasil dari presentation ialah.Kertas mahjung di tampal di belakang kelas di koyak.Para pelajar lebih mengingati presetation sendiri kerana mereka sendiri merasakan tekanannya.Tetapi presentation orang lain kami terlupa kerana itu masalah mereka.Ya kerja cikgu menjadi mudah kerana pelajar sendiri yang mengajar.TETAPI ia akan jadi menarik sekirannya para pelajar diberi peluang untuk persembahkan sesuatu maklumat yang bukan masuk dalam ujian pun.Jawapannya kerana ianya menarik dan menyeronokkan.

but it never happens.

pernah jumpa cikgu tak berhati perut?maksudnya cikgu sendiri mengajar pelajar buat benda tidak elok,atau merendah-rendahkan pelajar.Of course mereka itu manusia biasa sudah tentu ada.

Tetapi sebab apa mereka stress lalu lepaskan stress itu kepada pelajar sendiri.EM bil rumah,gaduh suami isteri,bosan,datang bulan?,atau cikgu sendiri sedar sistem pembelajaran kat Malaysia sendiri sucks!

Of course i choose sisten pembelajaran kat Malaysia yang terus.Orang besar itu menganggap manusia sama seperti robot.Mereka boleh belajar dan bersukan satu hari dan sambung pula esok hari kerana mereka itu masih muda.YA habiskan masa mudamu itu dengan berpenat lelah di sekolah.Kerja sekolah harus siap matematik,math tambahan,sains,presentation itu ini(coz cikgu nak tengok cikgu malas mengajar)buku latihan,petang sukan itu ini,malam ulang kaji,kalau kamu pelajar bodoh tentu lagi susah hendak menyiapkan latihan itu bukan,kemudian tusyen lagi.Kita harus lulus jika tak lulus kamu akan merana(jadi loser sampai mati)tak dapat kerja,tiada siapa mahu kamu bla..bla..dunia ini tak terima pelajar bodoh kata guru-guru itu semua ya buku sekolah!masuk universiti,gred bagus adalah sangat penting nanti kamu harus kerja!kerja!.

YA GREAD A A A sangat penting! malah pelajar sains sangat disayangi oleh pihak sekolah dan menjadi rebutan universiti  manakala pelajar kelas perdagagan adalah pelajar sampah kerana ada cikgu dan pelajar lain memandang pelajar kelas ini jijik susah dapat A.Ada sesiapa di sini jutawan dari kelas perdagagan angkat kaki?

Aku tidak rasa gread A adalah segala-galanya.

kerana..

1-pelajar itu dapat jawab sebijik macam jawapan pemeriksa

2-pelajar itu ikut sahaja apa cikgu ajar,ilmu itu bukan untuk diterokai dan difahami but untuk diingati!

3-ujian sangat penting  p:untuk memilih mana-mana pelajar pandai dan diberi perhatian,manakala si bodoh masuk kelas bodoh dan buat apa sahaja yang disukai.No one care!

4-ada pelajar beri jawapan bernas tetapi ditolak alasan takde dalam buku pun!ni tak sama dengan jawapan pemeriksa,tulisan awak macam cakar ayam cube tulis lawa sikit,ayat awak itu macam amir khan dalam 3 idiots

5-alasan bodoh orang besar(we want u tulis jawapan sama macam dalam buku teks bukan jawapan sendiri jangan nak pandai-pandai!understand!).

itulah jawapan bijak dari orang besar itu.

Malaysia tidak mahu mencipta albert einstein,leonardo da vi ci,dr.mahathir or another hilter but Malaysia nak gread A banyak dan masuk tv3.”OH yay anak saya dapat A pasni masuk asmara asrama ya belajar baik-baik jadi doktor ye”kata parents, si anak reply “tapi ana nak jadi chef” mata parents dijegilkan”ana jadi doktor boleh tolong orang kan banyak pahala lagipun senang dapat kerja(duit pun banyok) chef ala nanti kena kerja kat hotel,tak elok”,balas parents si anak cuma memandang lantai”apesal la aku belajar rajin-rajin parents sendiri tolak cita-cita aku(they just kill me)”kata ana dalam hati”tapi ana takut darah”balas ana,parents senyap pastu balas”jangan degil jadi doktor senang,kerja senang duit banyak yang penting kerja dulu pastu bila dah jadi doktor ana nak jadi ape pun boleh “ana senyap sahaja,selama ini ana langsung tidak terfikir hendak menjadi doktor kerana jiwanya seni jadi chef seronok tapi doktor terus hati ana jadi tawar ini bukan sesuatu yang menyeronokkan lagi.Cari kerja kat Malaysoa susah habis indon bangla datang sini senang cari duit mereka kata Malaysia heaven tapi parents kata Malaysia susah cari kerja of course merena nk anak mereka kerja yang ada standard..

Salahkah jika ana muhu jadi sesuatu yang di ingin,cita-citanya baru sahaja mahu bangun tetapi siapa yang bunuh.

Ya orang yang mahukan gread,menuntut ilmu kerana martabat bukan kerana mahu memahami sesuatu.

For me this is hell.

Beside that I SCHOOL BUS I EVEN muntah dalam bus..sume salh pak cik drebar tu.

lepas lihat video ini aku makin memahami diriku sendiri yang selama ini banyak orang disekelilingku memangilku bodoh dan pemalas.NO wanderlah i hate school so much.I should be free..like a bird

jika sesorang itu lemah dalam matematik tetapi dlm matapelajaran lain dia baik..

adakah dia tetap akan dianggap sebagai ‘loser’?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: