A

wed 11:55 morning.

awan biru,angin sepoi-sepoi bahasa,aku tengah duduk sorang-sorang terperap di dalam bilik

yang  redup dan sejuk.so peace.adik-adik tom n jerry they go to school.

Huh nasib baik aku dah habis sekolah.I hate school.Oh happynyer.

Hari ini aku mahu ceritakan satu kisah benar yang hanya rekaan semata-mata.

Tanda langsung terkait dengan mana -mana pihak it just my imagination only.

Tajuk Cerita: A

Apa bendanya A tu?nama orang ke? of course not it just huruf A.Mila(nama olok-olok),dia merupakan seorang gadis biasa.

Dia hidup dalam suasana sederhana.Keluarganya cuma ada sebuah kereta satria dan tinggal di rumah pangsa.Mila besekolah di sekolah menengah ABC(ais batu cincau).Di sekolah Mila merupakan pelajar pandai,sentiasa mendengar cakap guru,matapelajaran yang Mila gemari ialah sains,seni dan sejarah.Mila juga bukanlah pelajar yang banyak cakap,dia lebih gemar duduk di tempat duduknya sambil membaca buku atau tidur.Baginya bergosip,bercakap-cakap pekara yang tidak penting atau tak munasabah merupakan perkara sia-sia.

Tapi Mila ada kelemahan yang paling orang tak suka iaitu,tak banyak cakap,tak suka sangat bersosial dan lemah matematik.Di sekolah atau di mana-mana tempat sahaja di dunia ini orang yang tidak pandai matematik atau lemah nombor dianggap orang yang bodoh.Ya itulah yang dialami Mila.

Ibu dan ayahnya sibuk bekerja mencari makan.Mereka tidak ada masa untuk mengajar Mila.Jadi sejak kecil Mila cuma duduk teperap di rumah dan tidak buat apa-apa,malah Mila tidak masuk ke tadika.Alasan yang diberi ayahnya tadika tak penting.Lebih malang lagi Mila menghidap  dieslexia.

Penyakit dieslexia yang dihadapi Mila menyebabkan Mila lembap dalam pelajaran.Mila kenal nombor tetapi Mila tidak tahu mendarab dan  bahagi.Mila sering masuk ke kelas pemulihan untuk belajar matematik,dia tidak boleh berada di dalam kelas dan belajar bersama pelajar lain kerana pemahaman yang lemah dan lambat tangkap apa yang cikgu ajarkan.

Mila juga pelajar yang paling kerap kena denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah,biasanya Mila didenda berdiri di luar kelas sampai habis cikgu mengajar,berdiri atas meja,ketuk-ketampi seratus kali,berdiri atas meja atau dicubit cikgu dengan kuku cikgu yang tajam macam pisau.

Mila gembira apabila berada di bilik muzik.Di situ segala bunyi-bunyi merdu berkumandang.Mila boleh mengingat liriknya dengan baik.Lagu yang paling Mila gemari ialah semut di atas titi. Melodinya dan liriknya mudah diingat dan para pelajar yang lain juga suka lagu yang happening ini.

Pemahaman Mila tentang kehidupan seharian juga lain.Seperti dia tidak tahu apa yang pelajar harus buat selepas balik dari sekolah.Apa yang pelajar kena buat lepas balik dari sekolah?kena pergi mana?balik rumahkah,atau kena pergi tempat lain adakah mereka harus pergi bermain dengan rakan-rakan dengan pakaian lain dan bukan dengan baju sekolah.Apa itu ujian?kenapa meja hari ini cikgu jarak-jarakkan?kenapa cikgu pindahkan tempat duduk semua orang?Kenapa cikgu baca soalan lepas itu suruh semua orang tulis sesuatu di atas kertas itu?Apa benda itu,tapi kenapa?macam mana?huh?nak tulis dari arah mana?arah kanan ke kiri? apa?kenapa susah sanggat..macam ini lah yang ada di dalam pemikiran Mila sehingga Mila besar sedikt dan melihat pekara seperti ini hari-hari barulah dia mengerti.

Mila menulis secara terbalik kerana dia binggung?mila juga nak tahu kenapa matematik yang annoying ini penting?

Mila juga nak tahu bagaimana hendak buat kawan?kena buat apa baru boleh berkawan?Masuk ke darjah 3 barulah pemikiran Mila mengembang sedikit.Kerana dia menghadapi semuanya seorang diri,jadi belajar mengenai sesuatu juga semakin agak mudah sikit baginya.Tapi Mila masih juga teruk dalam matematik.Pernah Mila cuba mempersiapkan diri dan mental untuk belajar bab baru matapelajaran matematik iaitu pepecahan.Apa yang cikgu terangkan dia angguk tanda faham tetapi apabila time buat latihan dia binggung.Kenapa contohnya lain soalan dalam ini lain?ini datang dari mana lak?

Mila benci keadaan seperti itu.Balik rumah yang jadi penenang Mila ialah TV.Cerita dragon ball,sailormoon,doraemon,digimon dan power ranger buat Mila gembira.Even time cerita itu disiarkan time maghrib Mila tak peduli kerana Mila tidak faham mengapa harus sembahyang?apa yang kena dibaca?arah solat boleh mana-mana arahkan?mak tak cakap pun..,kenapa solat penting?ibu ayah cikgu suruh kita sembahyang tapi tidak pula terangkan kenapa kena solat?siapa itu tuhan?apa itu islam?kenapa harus bertudung??

Tapi Mila tidak tahu bagaimana hendak bercakap tentang masalah yang dialaminya kerana dia sendiri tidak memahami apa yang dia alami dan rasa.Jadi dia tutup mulut sahaja,kerana susah nak bercakap tentang perasaan atau sesuatu di fikirannya yang tidak boleh nampak dan pandang sahaja sesuatu perkara itu dan berfikir sendiri tentang apa yang terjadi.Dalam fikirannya dia memikirkan sama ada dia dilahirkan bodoh atau dia memang bodoh?kenapa orang lain lain?kenapa aku rasa aku lain?kenapa cara mereka berfikir lain dari aku?aku apa?kenapa dia buat senang aku buat susah?ya bagi orang lain pekara mereka boleh buat sesuatu dengan sangat mudah datang pada Mila macam gunung berapi jadinya! susah sanggat..

Di kelas Mila selalu mengelak dari dipandang cikgu kerana takut cikgu akan memanggil namanya dan meyuruhnya ke depan menulis atau buat matematik di depan semua orang.Mila takut kerana Mila tak faham apa pun yang cikgu ajar.Mila selalu mengelamun .Mila takut pada cikgu dan semua orang kerana akan gelakkan dia kerana gagal jawab soalan cikgu.Kalau cikgu suruh Mila berdiri dan menyuruhnya membaca Mila akan jadi gelabah kerana kadang-kadang dia tidak boleh sebut sesuatu perkataan yang susah seperti perkataan yang baru dia kenal,atau jumpa.

Tapi Mila ada trick setiap kali cikgu sibuk dengan orang lain,seperti bercakap dengan cikgu,atau kelas tak hiraukannya lalu buat bising time tu Mila akan skip satu ayat ke ayat lain selain sebut sesuatu perkataan itu secara semberono.yes itu caranya kalau nak baca cepat pastu boleh duduk cepat.Bilangan pelajar di dalam kelas Mila ialah 40- 45 jadi biasanya tempat kedudukan ke 44/45/ lebih kurang begitu biasanya milik abadi Mila tak berubah dari darjah 1 sampai 4. Tapi Mila tak peduli kerana dia tak rasa itu penting tapi yang pentinnya balik rumah tunjuk kad repord yang penuh dengan bunga raya pada ayah untuk diketawakan,dimarah dan dirotan oh that normal atau ayah pukul pahanya kuat-kuat sambil cakap along bodoh pastu suruh Mila ulang ayatnya “ok ikut cakap ayah ye , ALONG BODOH”kata ayah lalu memukul kuat atas paha Mila.Mila pun ikut dengan linangan air matanya “along bodoh wuwuw”.”dah masuk bilik”kata ayah.Mila berjalan perlahan masuk ke bilik.Duduk di mejanya dan masukkan semula kad reportnya yang telah di sain

ke dalam beg.”lain kali aku sain sendiri!”kata Mila dalam hatinya yang sedih.

Malam tu Mila tidur dengan mukanya menghadap dinding sambil mengalir air mata.Dalam fikirannya ada soalan yang datang bertubi-tubi tapi kemudian dia mengelamun seorang-diri di dalam bilik kecil itu.Matanya memandang dinding lalu dia berkata di dalam hatinya,mengapa aku dilahirkan?untuk apa?kenapa awan berwarna biru,kenapa bentuk awan macam itu?awan itu apa sebernarnya? kenapa aku jadi manusia kenapa bukan burung?kalau jadi burung kan senang tak payah berlajar,no math, boleh terbang pergi mana-mana,boleh mandi di tengah-tengah hujan,ya jadi burung sangat senang,tak pun jadi kucing di rumahku ada banyak kucing.Aku lihat hidup kucing mudah tapi taknak lah nanti kena tangkap dengan orang jahat pastu dikurung! tak bebas, aku lihat kucing susah nak lihat mana satu orang baik dan orang jahat jadi burung lagi senang boleh terbang.

Kemudian Mila terfikir tentang menjadi anak orang kaya sangat mudah.Ya hidup tak perlu susah.Tak perlu pergi sekolah boleh belajar di rumah.Ayah boleh hire cikgu untuk ajar di rumah.Seronoknya.Pastu cuma boleh pergi sekolah untuk take ujian atau hadiri ko-kurikulum.Ada kereta besar.Rumah besar.Bilikku nanti besar sebesar ini er.Mata Mila membayangkan sejauh mata memandang sehingga menembusi luar dinding rumahnya untuk dibayangkan sebesar mana bilinya nanti.Dan rumahku nanti ada banyak orang gaji dan semua ada tugas masing-masing untuk uruskan aku dari memakaikan aku pakaian sekolah,dan memakaikan aku kasut sekolah.

Mila mengelamun lagi.” Aku juga mahu mempunyai kilang coklat,barang sekolah,barang kemas,makanan,ladang-ladang supaya aku tidak perlu membeli aku cuma perlu pergi ke kilang untuk cipta makanan,atau reka-reka barangan yang comel supaya kanak-kanak tergoda lalu membelinya.Ya bertambah kayalah aku masa itu.Rumahku juga akan ku peuhi dengan makanan,akan ada satu stor yang besar untuk letak makanan.Bilik aku akan penuh dengan makanan seperti coklat,biskut,dan makanan dari luar negara,minuman air tin,air kotak,permainan,orang gaji,pakaian gaun yang cantik-cantik.Aku juga akan bina sebuah rumah yang cantik untuk kucing-kucingku.Hah bertapa senangnya hidup orang lain kena beli dari aku,sedangkan aku boleh ambil makanan percuma malah dapat duit lagi.Aku boleh tidur dengan tenang selepas ini.Berakhirlah angan-angan logik dan realistik Mila itu.Mila tidur dengan lena.

bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: