Ucapan Mayat ketika Dibawa ke Kubur

 

 

Apabila mayat sudah diusung oleh manusia untuk dibawa ke kubur,mayat itu tidaklah hanya diam sahaja.Ia berkata-kata melalu bahasanya sendiri.Tetapi hanya didengari dan difahami oleh benda-benda yang ada disekelilingnya,kecuali manusia yang hidup.

Manusia tidak diizinkan oleh Allah untuk mendengarnya.Andainya,manusia mendengar ucapan tersebut,mereka akan terkejut dan pengsan.Allah lebih arif dalam mengetahui kemampuan manusia ini.Manusia tidak akan sanggup mendengar ucapan-ucapan mayat.

Ucapan mayat ketika dibawa ke kubur itu berlainan antara satu sama lain.Ini terpulanglah,sama ada manusia itu orang yang soleh atau orang yang derhaka kepada ALLAH.

1.Orang yang soleh,ia seolah-olahnya berkata “cepatlah bawa aku ke kubur!”.

2.Orang yang derhaka dan ahli maksiat,seolah-olah berkata pula:”kemana kamu semua membawa diriku ini?”

Mengenai perkara menghantar mayat ke kubur ini,

Rasulullah bersabda:

“Apabila mayat itu sudah diletakkan(dalam usungan)dan dibawa oleh orang-orang lelaki di atas bahunya(ke kubur),jika mayat itu orang yang melakukan amal soleh,ia akan mengucapkan:segerakanlah olehmu semua(membawa akau ke kubur ini)’,tapi apabila mayat itu beramal buruk ia mengatakan :’Aduh!alangkah celakanya,kemanakah kamu semua membawa aku ini’.Semua benda mendenagr ucapan mayat itu kecuali manusia,andai kata manusia mendengar tentu mereka akan jatuh pengsan. “(Riwayat Bukhari).

 

Mayat Setelah Dikebumikan.

Apabila mayat telah dimasukkan ke liang lahad akan ditembusi pula dengan tanah.Setelah kesemua orang-orang yang mengusung ke kubur itu pulang meninggalkannya,tinggalah ia bersendirian di dalamnya.Di situ tidak ada lampu.Tidak ada sedikit pun makanan dan minuman.

Andainya mayat itu calon ahli syurga,akan dibukakan pintu syutga dan diucapkan kepadanya:”itulah tempat tinggalmu dan apa sahaja yang telah disediakan Allah di dalam syurga adalah untukmu.”

Hasilnya mayat kelihatan riang dan gembira.Diperluaskan kubur itu dengan 70 hasta besarnya.Diterangi dengan cahaya bagi menerangi kegelapan kubur.Jasadnya akan dikembalikan kepada kejadian asalnya.

Rohnya akan dimasukkan dalam kumpulan roh-roh yang baik.Iaitu berupa seekor burung yang bergantungan di salah satu pohon syurga.

Keadaan mayat orang kafir dan mereka yang ingkar kepada Allah akan disempitkan di dalam kuburnya.Hinggakan remuk rendamlah tulang rusuknya.Hidupnya sempit,penuh kecelakaan dan kesengsaraan.

Orang-orang kafir apabila mereka mati,akan diseksa oleh sembilan puluh sembilan ular.Setiap ular itu pula mempunyai sembilan kepala.Di dalam kubur-kubur orang kafir dipenuhi dengan ular-ular besar.Mereka diseksa begitu kerana dilambangkan mempunyai sifat-sifat kejahatan seperti cemburu,iri hati,hasad,sombong,menipu dan lain-lainnya.

Setiap sifat itu timbul secara langsung atau tidak,akibat dari mencintai dunia.Nasib yang celaka akan dialami,oleh mereka yang dilalaikan dengan kehidupan dunia daripada meniti beratkan soal-soal akhirat.

Apabila seseorang itu sudah mati dan berada di dalam kubur,ia sendirinya akan mengetahui sama ada dirinya calon ahli syurga atau ahli neraka.Kalau ia calon ahli syurga bayangan syurgalah yang diperlihatkan padanya.

Andainya,ia calon ahli neraka,nerakalah yang akan diperlihatkan pada setiap pagi dan petang.Ia akan berlanjutan sehinggalah dibangkitkanpada Hari Kiamat nanti.

Rasulullah bersabda:”Sesungguhnya salah seorang dari kamu jika telah mati,diperlihatkanlah kepadanya tempat tinggalnya setiap pagi dan petang.Jika ia calon ahli syurga,maka dari ahli syurga dan jika ia calon ahli neraka,maka dari ahli neraka,dikatakan:’inilah tempat tinggalmu hingga Allah membangkitkan pada Hari Kiamat’ .”(Riwayat muslim)

Rasulullah bersabda:”Apabila seseorang itu sudah mati,maka diperlihatkan kepadanya tempat di mana ia akan duduk,pada setiap pagi dan petang.Jika ia termasuk ahli syurga,maka ia(melihat)syurga,dan apabila ia termasuk ahli neraka,maka iapun(melihat)neraka.”Nabi bersabda lagi:”kemudian dikatakan:”inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat’.”(Riwayat Muslim).

Keadaan mayat di kubur itu pada hakikatnya disimpulkan sebagai berikut:

1.Mayat bakal penghuni Syurga dibukakan pintu syurga dan diperlihatkan tempatnya di syurga kelak.

2.Mereka berasa riang gembira kerana merasakan kenikmatan di dalam kubur.

3.Mayat bakal penghuni neraka kuburnya disempitkan.Hinggakan tulang rusuknya patah.Ia berada dalam sengsara,takut,cemas dan sedih.Diperlihatkanlah bakal tempat tinggalnya di neraka kelak.

4.Mayat bakal penghuni syurga,kuburnya akan diperluaskan sepanjang 70 hasta dan kuburnya menjadi terang.

5.Keadaan seperti itu diperlihatkan kepadanya setiap pagi dan petang hingga datanglah Hari Kiamat.’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: