ALAM KUBUR

Alam Kubur  Adalah Permulaan Dari Alam Akhirat

from:zuhriah mohamad juoi


Alam kubur adalah tahap pertama untuk menuju Alam Akhirat.Ia juga merupakan suatu taman dari taman-taman syurga dan merupakan suatu lubang dari lubang-lubang neraka.

Seseorang yang telah selamat hidupnya di dalam kubur untuk menempuh alam seterusnya,akan menjadi lebih mudah.

Selamatnya seseorang di alam kubur adalah petanda baik baginya menghadapi alam seterusnya.

Manusia yang tidak selamat dalam menempuh alam kubur,menandakan tahap-tahap selanjutnya akan lebih dahsyat lagi.

Mereka seterusnya akan berada dalam keadaan yang sengsara dan kesusahan.

Rasulullah bersabda: sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk Alam Akhirat.

Bilamana seseorang telah selamat dalam tahap pertama itu,untuk tahap-tahap seterusnya akan lebih ringan.

Tetapi kalau tidak selamat dalam tahap pertama tersebut,untuk tahap-tahap seterusnya akan lebih dahsyat,”

(Riwayat Tarmizi,Ibnu Majah dan Al-Hakim).

Kesenangan dan kesusahan di dalam kubur merupakan birometer  untuk menetukan tahap hidup yang hakiki.

Hidup yang abadi,iaitu hidup di alam yang terakhir,iaitu Alam Akhirat.Sama ada syurga atau neraka.

Seseorang yang terselamat dari persoalan kubur,seterusnya akan mudah untuk terselamat dari persoalan Hari Kiamat.

Memudahkan dirinya untuk menghadapi persoalan Allah di Padang Mahsyar.Sebaliknya bagi seseorang yang telah mendapat seksaan dan kesusahan,semasa di   alam kubur ini,menandakan yang ianya akan berterusan hinggalah ke Alam

Akhirat kelak.Ertinya,kesusahanlah selama-lamanya.

Justeru itu,marilah kita sentiasa memohon kepada Allah agar kita selamat dari seksaan dan kesusahan semasa di kubur,agar kita memperolehi keselamatan pula di Alam AKhirat.Itulah yang sebaik-baiknya,untuk menjadi peringatan,

semasa kita masih bernyawa di alam dunia ini lagi.

Firman Allah:

“bermegah-megahan telah melalaikan kamu,sampai kamu masuk ke dalam kubur”(At-Takaatsur:1-2)

Allah ingatkan manusia semasa di dunia lagi,agar tidak bermegah dengan ramai anak,banyak harta,pengikut,kemuliaan dan sebagainya.Sifat ego inilah menjadikan manusia lalai dari tujuan hidupnya.Mereka akan lupa pada Allah.Lantas,membuat dosa dan kemungkaran.Hinggakan manusia lupa hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja.Sebelum menuju ke Alam Barzakh.

Sifat ego ini jugalah yang menjadikan iblis sangat kufur kepada Tuhan-Nya.Kembali menyingkap sejarah iblis yang tidak mahu menyembah Nabi Adam.Lantas kerana kesombongannya itulah,iblis akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahanam untuk selama-lamanya.

Tujuan manusia hidup adalah untuk menyembah Allah.Kembali manusia dalam menyedari tugasnya yang telah diizikan

oleh Allah ke dunia ini.Firman Allah:

”Tidak aku jadikan jin dan manusia,melainkan untuk beribadah kepada Allah .”(Az-Zariat:56)

Justeru itu,manusia perlu kembali melakukan amal-amal soleh dan memberi ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah.Manusia perlu sedar hakikat dirinya.

Allah menciptakan manusia dengan tujuan agar manusia dapat menyembah Allah.Bukan untuk melakukan perkara-perkara yang telah dilarang oleh Allah.

Firman Allah :”Hai manusia,sembahlah Tuahnmu yang menciptakanmu dan orang-orang sebelummu,agar kamu bertaqwa.”(Al-Baqarah:21)

Allah mengingatkan manusia,kerana umumnya manusia selalu dilailaikan dengan perkara-perkara yang berkaitan keduniaan.Dunia yany telah banyak melalaikan  manusia,hingga terlupa untuk menjadi orang-orang yang bertaqwa.Dunia telah menjadi rebutan,hinggakan manusia sudah tidak takut lagi dengan Allah.

Hanya manusia yang tidak bertaqwa sahaja berani melanggar apa-apa yang telah dilarang oleh Allah.Hati orang-orang yang tidak bertaqwa dipenuhi dengan sifat-sifat jahat.Sifat-sifat jahat itulah nanti yang akan menjerumuskan manusia ke neraka jahanam.

Manusia yang menyedari kesalahannya,setelah maut datang hendak mencabut nyawa,setelah manusia hendak dimasukkan ke dalam kubur.Ketika itu,semuanya sudah terlambat.Manusia tidak akan dapat berbuat apa-apa lagi.

Bak kata pepatah,nasi telah menjadi bubur.Masa hidup di dunia,telah cukup.Ia tidak akan berpeluang untuk kembali ke dunia lagi.

Adanya Alam Barzakh itu adalah benar.Kehidupan pertanyaan,seksaan,pahala dan segala persoalan  yang berkenaan dengan kubur itu adalah benar.

Allah telah mengingatkan manusia,yang tidak sedar hakikat dirinya,Allah telah menciptakan manusia dari setitis ai mani yang hina lagi busuk.Setelah itu kuasa Allah jua yang menentukan umur,rezeki,jodoh dan nasibnya.

Allah mengizinkan kelahiran manusia di dunia ini,untuk memberi peluang mencari jalan yang benar atau jalan yang salah.Allah telah membekalkan akal fikiran kepada manusia.Istimewanya manusia ini ialah pada akalnya.Allah tidak menciptakan akal kepada makhluk lain.

Justeru itulah,Allah telah menyediakan di hadapan sana dua jalan.Jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai oleh Allah  dan Rasul-Nya.Hanya manusia yang mempunyai mata hati yang cerah sahaja,akan menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah dengan sebaik-baiknya.Mereka akan nampak jalan yang telah ditempuhi oleh Rasulullah dan para sahabatnya.

Allah berkuasa untuk mematikan manusia.Setelah itu manusia akan dimasukkan ke dalam kubur.Kemudian dibangkitkan semula untuk menjalani penghidupan di Alam Akhirat.Manusia akan dibangkitkan semula untuk menerima keputusan yang muktamad,sama ada ke syurga atau ke neraka.

Firman Allah:”Dari apakah Allah menciptakannya?Dari setitis mani.Allah menciptakannya dan menentukannya.Kemudian Dia memudahkan jalannya,kemudian bila Dia mengkhendakinya Dia membangkitkannya kembali.”(Abasa:18-22)

Bagi membuktikan alam kubur itu ada,marilah kita melihat apa yang telah diberitahu oleh Allah melalui Al-Quran.Allah telah melarang untuk berdiri di kubur orang-orang munafik.Begitu pula,Allah telah melarang menyembahyangkan jenazah orang-orang munafik.Larangan berdiri di kubur inilah yang menjadi bukti adanya Alam Barzakh.

Firman Allah:”Dan jangalah kamu sekali-kali menyembahyangkan(jenazah) seseorang yang mati di antara mereka,dan janganlah kamu berdiri di kuburnya.”(At-Taubah:84)

Bukti Allah membangkitkan manusia-manusia yang ada di dalam kubur.Firman Allah:”Dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang yang di dalam kubur.”(Al-Hajj:7)

Firman Allah lagi:”Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur.”

(Al-‘Adiyat:9).

Firman Allah lagi:”Apabila langit terbelah,dan apabila bintang-bintang jatuh berserakkan,dan apabila lautan dijadikan meluap dan apabila kubur-kubur dibongkar.”(Al-Infithar:1-4)

Firman Allah pula yang memuatkan perkataan kubur ialah:”Dan tidak (pula)sama orang-orang yang hidup dan orang-orang mati.Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikhendaki-Nya dan kamu sekali-kali tidak sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar.”(Fathir:22)

Ingatlah,apabila datangnya Hari Kiamat,keadaan langit menjadi terbelah,bintang-bintang akan jatuh berterbangan dan lautan meluap-luap,semua kubur juga akan dibongkar.Ketika itulah manusia akan dihidupkan oleh Allah untuk diadili dengan tepat tanpa ada belah bagi lagi.

Ayat-ayat tersebut menjadi bukti yang kukuh bahawa manusia yang telah dimatikan oleh Allah semasa di dunia,akan dihidupkan oleh Allah semasa di Alam kubur nanti.

Ertinya manusia mesti menjalani  kehidupan di alam kubur.Kesenangan atau kesusahan yang bakal ditempuhi itu terpulang kepada amalan-amalan manusia yang telah dilakukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: