10 Amalan Dimurahkan Rezeki

Kategori : Pengetahuan Agama
    Berdasarkan kepada konsep rezeki,Allah s.w.t telah membuka jalan yang seluas-luasnya untuk setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Berikut adalah 10 amalan untuk dimudahkan rezeki.

1} Mengabdikan diri untuk beribadah
Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya seperti firman-Nya,”Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kekafifiranmu.Jika tidak melakukannya Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”(Riwayat Ahmad,Tarmizi,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2} Memperbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi s.a.w,”Barang siapa memperbanyakkan istigfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa’i,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin.Abbas r.a)

3} Sentiasa Mengingati Allah
Firman Allah s.w.t,”Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(surah Ar-Ra’d ayat 28)

4} Mendoakan ibu bapa
Nabi Muhammad s.a.w brsabda,”Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

5} Menjalin silaturrahim
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,”Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya “(Riwayat Bukhari)

6} Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,”Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”(Diriwayatkan daripada Saiyidina Khalid al-Walid)

7} Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubir bin.al-Awwam,”Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya.”(Riwayat ad-Daruguthni dari Anas r.a)

8} Mengamalkan solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t,”Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”(Riwayat al-Hakim dan Tabhrani)

9} Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yang Allah berikan.Allah s.w.t berfirman,”Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur ,nescaya Aku tambahi nikmatMu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras.”(Surah Ibrahim ayat 7)

10} Bertawakal
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,”Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad,at-Tarmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a)

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: